Wednesday, August 24, 2011

Bergedil Ayam AimLuvs

 Aku ni sukaaaaa sgt makan begedil. Pekedil kata org Indonesia. Tapi yg mendukacitakan tiap kali beli bergedil tak pernah lah jumpa yg sedap. Ada yg terlebih kentang n lada sulah. hurmmmmmm sedih dan pilu hati ni. So 1 day tu aku tergerak nk buat bergedil. inilah hasilnya. 

Bahan2nya :
kentang 10 Biji (direbus dan dilecek/lenyek)
1 dada ayam (Ambil isinya sahaja-dicincang)
1 labu bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 camca kicap cair
2 camca kicap manis adabi
1 camca serbuk cukup rasa Maggi
sedikit lada sulah
RM1 Daun bawang
gula dan garam secukup rasa

Untuk Menggoreng :
1. Minyak masak
2. Tepung Jagung
3. Putih Telur

Cara membuatnya :-
 1. Tumis bahan2 yg telah dimayang hingga naik bau dan keperangan. 
2. Masukkan ayam cincang dan tumis hingga masak.
3. masukkan kicap cair, manis, gula., serbuk maggi, lada sulah dan garam
4. akhir sekali barulah dimasukkn daun bawang
5. masak hingga smuanya sebati. Dibiar sejuk seketika.
 6. setelah sedikit sejuk,satukan bersama dengan kentang yg telah dilecek tadi dan gaul sebati. Biarkan sejuk ya.
Setelah di gaul sebati. Biarkan Sejuk dahulu ya.
Bila dah sejuk baru senang kita nk bentukkan begini. Bentuk terpulang dgn citarasa msg2. Ada org suka Bulat bola. Leper, Bujur terpulanglah.



7. Untuk Menggoreng celupkan bergedil td kedalam tepung jagung dan putih telur dan boleh lah digoreng.


No comments:

Post a Comment