Showing posts with label MySmallKitchen. Show all posts
Showing posts with label MySmallKitchen. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

UMAI CINTA AIMLUVS

Atas permintaan Cik Dila Abdullah @ Dilabw_AImluvs dan sahabatnya Cik Adawina Jamil yg nk sgt resipi Umai. Umai ni adalah masakan tradisional kaum Melanau. Terdiri dr Ikan or udang mentah yg telah digaul bersama limau bwg segala lah. Kalau d Mukah mmg ada org jual umai fresh. Yg dh siap hiris ready sekali ngn bahan2 dia. Aku slalu jugak pesan kalau ada org balik ke Mukah. Umai ni enak dimakan dgn Sagu. Especially Sagu Dalat. yummmy.... Aku plg suka kalau Bapak aku yg buat. Fuuuuhhhh... sgt sedapp... kalau org x tahu org x kan perasan yg ikan ni tidak dimasak.

Umai Cinta Aimluvs

Bahan2:
4 / 5 keping ikan Pirang /  Tenggiri / Yu (kalo yg fresh lagi bagusss!!!)
1 labu bwg besar (mayang halus ya)
5 btg cili padi (mayang halus)
3 btg cili merah (mayang halus)
12 biji limau nipis (amik jus)

Gula & Garam & Ajinomoto secukup rasa..

Cara2:

1. Bersihkan ikan tenggiri..hiris halus..buang kulit bersih2.



2. Lepas tu, gaulkan dgn bahan hiris tadi dan mskkan jus limau sekali. Gaul hingga rata. Jus limau tu kalau x cukup boleh tambah lagi make sure sampai takde bau hanyir. Pahtu masukkan serbuk perasa secukup rasa. Kalau nk pedas lg boleh lh tambah lagi cili. Cili padi tu kalau nak boleh ditumbuk. Lagi Kaw kaw kaw timmmmm... wkwkwkwkwk



3. Boleh lah di masukkan dalam peti sejuk sebelum di makan.

4. Kalau nak masukkan kacang tumbuk pun boleh juga. Tapi saya x suka kcg tumbuk.

5. Selain dari Ikan udang pun boleh. Kupas je kulit udang tu. Tp pastikan udang yg fresh ya. Selalunya saya beli ikan sampai rumah terus siang apa pelbagai smua.

Selamat Mencuba!

Wednesday, August 24, 2011

Suka Suki Makan2

Sewaktu BerGawai di Kpg Kak Chimi Nana. Dia bwk kitaorg round 1 kpg jln umh sedara mara dia. :)
Aku ni suka makan. Tapi aku suka makan yg sedap2 je. Jadi aku hanya pergi ke tpt makan yg aku suka sahaja. Termasuklah anak dan En. Dimasku. So kat sini aku share lah apa yg aku suka dan selalu order makan. Ada juga antara Aimluvs yg datang ke Miri aku ajak makan kat tpt aku suka. Tapi sygnya masa terlalu cemburu. Tak dpt bawak gi suma tempat... hihihi... sorry ya perawanku.. Acik, ucu, ude n ateh... tak sabar nak tunggu angah datang pulak.. wowowowoo excited!


Mie Kolok Seafood Pedes @Jasmine Ni antara my Fav 4 Breakfast

Laksa Sarawam @Bimmers Kch

Lelapan Singgang Tenggiri @ Restoren Sri Kelantan

Ni la Packing Bakmi. Aku Import khas dr Jakarta. Si Jane la jd Mangsa, Masa tu dia g Jakarta. hahahahah

Bakmi Yamin Complit n Siw May dah arrive di Miri. Yeeehaaa

Bubur pedas dr Mak Ija. Rempah special made from Mak NoNo. Mmg sedap giler. Sbb dia guna suma bahan asli. Kulit Kobau, urat2, perut kobau.. yummyyy

Nasi Lemak daun Pisang @ Restoren Sri melayu

Home Made Spaghetti. Aku order dr Staff RHB Blvd. Sedap.. mgm sedap

Burger Daging Petromak. Ni la si Angah order. Terkejut jgk kitaorg tgk burger dia rupe ni. Sedap weiiii ahahahahha

Di Jakarta Teh Botol mmg famous

Kopi Dangdut & Laici lemon Peng @FoodCourt Kpg Boyan
Mie Tomyam Kungfu @FoodCourt Kpg Boyan, Kch



Char Kuew Tiaw @Jasmine Resto Miri. Aku akan req extra cili padi & Sayur. Sedap.



Laksa Sarawak @Jasmine

Kuew Tiaw Siram Pedes @Bakmilicious, Jakarta

Siow Mai @Bakmilicious, Jakarta

Seafood Bread Bowl @Citrus

Roti Telur Banjir @Aseanika, Miri

Es Teller @Bakmilicious, Jakarta

Aku sik ingat nama daa.. ni aku makan masa kat FoodCourt Tanah ABang, Jakarta

Surabi Cokelat Cheese @FoodCourt Tanah Abang, Jakarta
Bakso SukaBumi
Mie Goreng Bakmilicious... Ada org BBM pic ni kat aku sbb nk bagi aku jeles tgk Acie makan Kat bakmi tyme tu.. haiiiyyya..
Bakmi- Yamiin Komplit yg di tapau

Roti Arab @Restoren Sri Melayu, Saberkas, Miri
Lelapan Keli (Pecel Lele) @ Muara Miri

Mie Jawa AimLuvs

Salah 1 makanan kegemaran my Dimas is Mie Jawa. Dia sgt suka makan Mie Jawa. Tp hanya Mie Jawa yg mak dia masak dan aku msk je yg dia nk makan. Kalau org lain masak suma x sedap katanya. Cerewet tul Dimas gw ni. Kalau aku masak x tentu2 pun dia komplen jugak. Kat sini akyu share ya resipi Mie jawa yg aku belajar dari Ibu Mertuaku. Sebab aku ni kipasmati si Baim jadi aku Namakan ler MieJawa ni MJA. hihihiiiii

Mie Jawa AimLuvs

Bahan2 Kuah :

1. Ubi Keledek 2 kg (direbus dan di blender (airnya disimpan)
2. Daging / tulang (rebus dan airnya disimpan)
3. Cili kering (direbus & diblender)
4. Kerisik
5. 10 ulas Bwg Putih (diblender)
6. 15 ulas bwg Merah (diblender)
7. 4 camca tepung ketumbar (diblender)
8. 2 camca jintan manis
9. 4 camca serbuk kari
10. Tepung gandum 6-7 sudu makan (secukup pekat kuah)
11. Garam & Gula secukup rasa

Bahan2 Mie:-

1. Mie Kuning (direbus/dicelur)
2. Telur ayam (direbus)
3. Tauge (dicelur)
4. Daun Bawang (untuk ditabur)
5. Bawang Goreng (Utk ditabur)
6. Cili potong (Utk ditabur)

Cara2 mebuat Kuah :

1. Tumis bahan2 yg sdh di blender. Tumis hingga naik bau dan warna nya bertukar perang gitu.
2. Masukkan serbuk kari, ketumbar, jintan dan kerisik sedikit. Gaul hingga rata dan naik bau. tambahkan air jika perlu. (air keledek or daging tadi)
3. Masukkan daging rebus (yg telah dihiris)dan masak hingga mendidih sedikit.
4. Masukkan keledek blender dan kacau rata. biarkan mendidih seketika. (jgn sampai pecah myk ya)
5. masukkan air rebusan daging dan keledek td. Masak hingga mendidih.
6. masukkan Gram dan gula secukup rasa. Gaul rata.
7. Blender tepung gandum. Kecilkan api. Masukkan tepung perlahan2 kedalam kuah td dan kacau rata. Biar kuah tu pekat.

Bolehlah dihias mengikut foto disebelah. Boleh jgk kalau nk tambah Tauhu goreng. Ikut kreativiti dan citarasa anda lah.








Bergedil Ayam AimLuvs

 Aku ni sukaaaaa sgt makan begedil. Pekedil kata org Indonesia. Tapi yg mendukacitakan tiap kali beli bergedil tak pernah lah jumpa yg sedap. Ada yg terlebih kentang n lada sulah. hurmmmmmm sedih dan pilu hati ni. So 1 day tu aku tergerak nk buat bergedil. inilah hasilnya. 

Bahan2nya :
kentang 10 Biji (direbus dan dilecek/lenyek)
1 dada ayam (Ambil isinya sahaja-dicincang)
1 labu bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 camca kicap cair
2 camca kicap manis adabi
1 camca serbuk cukup rasa Maggi
sedikit lada sulah
RM1 Daun bawang
gula dan garam secukup rasa

Untuk Menggoreng :
1. Minyak masak
2. Tepung Jagung
3. Putih Telur

Cara membuatnya :-
 1. Tumis bahan2 yg telah dimayang hingga naik bau dan keperangan. 
2. Masukkan ayam cincang dan tumis hingga masak.
3. masukkan kicap cair, manis, gula., serbuk maggi, lada sulah dan garam
4. akhir sekali barulah dimasukkn daun bawang
5. masak hingga smuanya sebati. Dibiar sejuk seketika.
 6. setelah sedikit sejuk,satukan bersama dengan kentang yg telah dilecek tadi dan gaul sebati. Biarkan sejuk ya.
Setelah di gaul sebati. Biarkan Sejuk dahulu ya.
Bila dah sejuk baru senang kita nk bentukkan begini. Bentuk terpulang dgn citarasa msg2. Ada org suka Bulat bola. Leper, Bujur terpulanglah.



7. Untuk Menggoreng celupkan bergedil td kedalam tepung jagung dan putih telur dan boleh lah digoreng.


MySmallKitchen

Ketam Masak Cili Telur


Dalcha Tulang

Sambal Goreng Udang

Selain dr meminati si BaimWong  aku ni juga suka memasak. Suka nk cuba resipi2. Sampai kadang2 Dimas ku pening dgn karenah aku yg nk masak mcm2. Terutama lah bulan puasa. hihihihih... Aku kasi post sikit lah hasil masakan aku kat sini. Nnt ada masa aku update lagi dengan resipi2 sekali k. Aku post gambar je lah dulu. Sementara angin rajin datang ni.